Kerjaya Kerajaan

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Pendaftaran KP19

Tahniah diucapkan kepada calon yang terpilih untuk menghadapi Peperiksaan Pembantu Pendaftaran KP19

Untuk makluman , calon akan menghadapi 2 ujian berikut :

 

  1. Seksyen A (Daya Menyelesaikan Masalah)

     

  2. Seksyen B (Kefahaman Bahasa Inggeris)

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Pendaftaran KP19 (Seksyen A)

Dalam seksyen ini calon diuji dengan kemahiran berfikir yang berfokuskan berkaitan matematik seperti algebra, trigonometri dan pembezaan.

Tapii !! calon tidak perlu risau kerana soalan seksyen ini tidak akan melebihi aras soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

 

  1. Jika 10% daripada harga sebuah mesin cetak bersamaan dengan harga sebuah pembesar suara. 3 buah pembesar suara tersebut berharga RM156. Berapakah harga bagi 2 buah mesin pencetak tersebut?


    A ) RM104
    B ) RM520
    C ) RM1,040
    D ) RM1,560

    Jawapan C

     

  2. Amran memandu kereta dengan purata kelajuan 85km/j dari bandar M ke bandar N sejauh 235km. Dia berhenti rehat selama 25 minit dan menyambung perjalanan ke bandar O sejauh 265km dengan purata kelajuan 90km/j. Berapakah tempoh masa bermula perjalanan Amran dari bandar M hingga sampai ke bandar O?

     

    A) 4 jam 28 minit
    B) 5 jam 28 minit
    C) 5 jam 08 minit
    D) 6 jam 08 minit

    Jawapan D

     

  3. Apakah nilai-nilai R yang memenuhi ketaksamaan 5<3R<18?


    A) 1,2,3,4
    B) 4,5,6,7
    C) 2,3,4,5
    D) 3,4,5,6

    Jawapan C

     

  4. Jika KERJAYA sepadan dengan 6385292, maka KEJAYAAN sepadan dengan?


    A) 63529228
    B) 63529222
    C) 63529227
    D) 63529223

    Jawapan C

     

  5. {26,L,M,65,N,91,104} adalah jujukan nombor mengikut pola tertentu. Apakah Nilai (MxN)/L?


    A) 104
    B) 91
    C) 78
    D) 26

    Jawapan A

     

  6. 1/6 Muatan tangki dapat diisi dengan air dalam masa 15 minit menggunakan 1 paip. Berapakah masa yang diambil jika 3 paip air yang sama digunapakai?


    A) 30 minit
    B) 35 minit
    C) 45 minit
    D) 90 minit

    Jawapan C

     

  7. Ramlah menjual 3 jenis buah-buahan iaitu 35% adalah buah limau, 55% buah tembikai dan selebihnya adalah 50 biji buah jambu. Berapakah jumlah keseluruhan buah-buahan tersebut?


    A) 500
    B) 505
    C) 550
    D) 555

    Jawapan A

     

  8. Berat 5 buah kotak merah ialah 3.75kg. Berat 8 buah kotak biru pula ialah 4.55kg dan berat 6 buah kotak hijau ialah 5.95kg. Susun 3 buah kotak mengikut warna yang berbeza bermula daripada yang paling ringan kepada yang paling berat?


    A) Biru, hijau, merah
    B) Biru, merah, hijau
    C) Merah, biru, hijau
    D) Hijau, biru, merah

    Jawapan B

     

  9. Sebuah kilang membuat kek mengeluarkan 3 jenis kek dalam sehari iaitu 150 bungkus kek gulung, 175 bungkus kek buah dan 400 bungkus kek cawan. Berapakah bilangan keseluruhan kek yang dikeluarkan oleh kilang tersebut dalam tempoh 6 hari?


    A) 725
    B) 2175
    C) 3625
    D) 4350

    Jawapan D

     

  10. Sebuah kotak mempunyai luas tapak 192cm2 dan ketinggian 15cm boleh memuatkan maksimum 800 biji guli. Berapakah bilangan guli yang boleh dimuatkan ke dalam 3 1/2 kotak tersebut?

     

    A) 2758
    B) 2800
    C) 2850
    D) 2908

    Jawapan B

  11. {26, 39, M, 65, N, 91, 104} adalah jujukan nombor mengikut pola tertentu. Apakah nilai (MN) ?

     

    A) 130
    B) 3,042
    C) 4,056
    D) 5,278

    Jawapan C

  12. Amran membeli 190 buah buku cerita dengan diskaun 15% bagi setiap buku. Jumlah yang dibayar olehnya ialah RM 2,987.75. Berapakah purata harga asal bagi sebuah buku tersebut.

     

    A) RM 16.50
    B) RM 17.90
    C) RM 18.50
    D) RM 19.90

    Jawapan B

  13. Sebuah Van dengan kos RM 38,000 telah dibeli pada 1 Januari 2007, aset ini disusutnilaikan 10% setahun mengikut kaedah baki berkurang. Kirakan belanja susut nilai untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.

     

    A) RM 2,770.20
    B) RM 3,078.00
    C) RM 3,420.00
    D) RM 3,800.00

    Jawapan A

  14. 25 biji belon sama saiz berisi air mempunyai jumlah berat keseluruhan 2,450g. Selepas beberapa ketika 8 biji belon pecah. Berapakah berat biji belon berisi air yang belum pecah

     

    A) 1,666g
    B) 1,764g
    C) 2,229g
    D) 2,254g

    Jawapan A

  15. Jumlah penduduk di sebuah taman perumahan ialah 5,760 orang. Jumlah penduduk yang berumur lebih 55 tahun ialah 32.5% daripada jumlah tersebut. Berapakah bilangan penduduk yang berumur 55 tahun dan ke bawah?

     

    A) 3,859
    B) 1,872
    C) 3,888
    D) 1,843

    Jawapan C

  16. {150, 165, 180, P, 210, Q, 240}. Apakah P/Q ?

    A) 3/5
    B) 13/15
    C) 7/9
    D) 19/22

    Jawapan B

  17. Sebuah balang mengandungi 68 guli biru, 136 guli kuning dan beberapa guli merah. Berapakah bilangan guli merah jika kebarangkalian guli itu dipilih secara rawak adalah 1/7 ?

     

    A) 29
    B) 34
    C) 42
    D) 56

    Jawapan B

     

  18. Laluan basikal di sebuah taman rekreasi adalah sepanjang 5.8km. Hamzah berbasikal di taman tersebut sejauh 3 14 pusingan dalam tempoh masa 45 minit. Berapakah kelajuan purata dia berbasikal di taman itu. Bundarkan jawapan kepada nombor bulat terhampir

     

    A) 6 km/j
    B) 19km/j
    C) 25km/j
    D) 41km/j

    Jawapan D

     

  19. Antara nombor berikut yang manakah paling hampir dengan 9.5?

     

    A) 10.055
    B) 9.065
    C) 10.005
    D) 9.005

    Jawapan B

     

  20. Besen merah mengandungi 165 liter air dan besen hijau mengandungi 66 liter air. Berapakah nisbah air dalam besen merah kepada isi padu air besen hijau ?

     

    A) 3:1
    B) 5:2
    C) 4:1
    D) 3:2

    Jawapan B

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Pendaftaran KP19 (Seksyen B)

Dalam seksyen ini calon akan diuji kefahaman dalam bahasa Inggeris. Yang akan menekankan “Grammar” terutama sekali

Baca Petikan Di Bawah

Malay food derives its flavor from the use of spices and ingredients such as lemon grass, shallots, ginger, coriander, tamarind and many others. Another ingredient commonly found in Malay cooking is santan ( coconut milk). The milk is squeezed from the flesh of grated coconut.

The staple food of Malays is rice, boiled to a white fluffy texture and usually served with dishes of meat (chicken or beef), fish and vegetables. Meat and fish are usually fried or prepared as a sambal (chilly paste) or curry dish. As far as Muslims are concerned, the meat used in their cooking must be ‘halal’ (slaughtered according to the Islamic rites).

Malay food is prepared and enjoyed by all races. A staple breakfast favourite is nasi lemak, a simple but satisfying meal of rice cooked in coconut milk with fragrance pandan leaves and accompanied by side dishes such as sambal ikan bilis, boiled egg, peanuts, sliced cucumber, prawns and fried fish.

The traditional Malay way of eating is by using the right hand. The use of the left hand is considered bad manners. However, those who are comfortable using the fork and spoon may do so if they want to. Using the right hand also applies to giving or receiving things.

In eating stalls or homes where the hand is used to eat, guests will be provided with a small pot of water to wash their hands before and after the meal. Remember, this water is not for drinking!

(Adapted from The Langkawi Tourism Newsletter)

  1. From the passage below, we know that Malays

     

    A use flavouring when they cook.
    B use spices in their cooking.
    C eat vegetables everyday.
    D eat spicy food only.

    Jawapan : B

  2. The phrase ‘staple food’ (line 5) means

     

    A main ingredient in a dish
    B main food that a person eats
    C food that is eaten by everyone
    D food that is everyone’s favourite

    Jawapan : B

Ingin Dapatkan Lebih Banyak Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Pendaftaran KP19

Dapatkan Kuiz Soalan Peperiksaan Pembantu Pendaftaran KP19 Secara Percuma Dengan Sertai Group Telegram

Ingin Menyertai Komuniti Calon-Calon Penjawat Awam ??

Sertai Group Telegram Di Bawah Yang Mengumpulkan Kesemua Bakal Penjawat Awam Dari Seluruh Malaysia Yang Menjadi Platform

  • Perkongsian Ilmu Dan Pendapat
  • Saling Berkenalan
  • Perkongsian Rujukan Peperiksaan Online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
  • Perkongsian Tentang Temuduga Kerajaan

 

Sebarang Masalah Dan Pertanyaan Boleh Hubungi Admin Di helmikahube1@gmail.com

Penafian: Contoh Soalan Memasuki Perkhidmatan Awam PSEE Ini Bukanlah Soalan Bocor Daripada Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA. Tetapi Ia Adalah Contoh Bentuk Soalan Dan Format Terkini Yang Digunakan Oleh Pihak SPA